Corning Gorilla Glass – Bakal hadir di cermin kereta anda tidak lama lagi


Pihak Samsung menggunakan Corning Gorilla Glass 4 ke atas model terbaru mereka. Nice huh!
Gorilla Glass untuk kereta anda? Menarik bukan bunyinya? Seperti yang diberitahu, ia akan memang benar - benar berlaku. Barulah boleh setanding dengan smartphone anda yang kalis calar tu kan? LOL.

Menurut usnews.com teknologi tersebut telah dibangunkan oleh pihak syarikat Corning yang mana telah membangunkan Gorilla Glass untuk paparan skrin berbillion smartphone di dunia ini. Anda bayangkan berbillion jumlahnya. Sudah pasti dengan keuntungan dan prestasi yang memberangsangkan itu dapat menghasilkan dana yang cukup untuk tujuan penyelidikan ke atas produk kaca ke atas kereta dan sebagainya.


Tahukah anda sudah wujud kereta yang menggunakan teknologi Gorilla Glass ke atas kereta buatan mereka. Ya, syarikat BMW AG telah mengguna pakai teknologi tersebut ke atas kereta mewah mereka pada 2014 dan material tersebut digunakan pada panel dalaman kereta i8 Hybrid Sport.

Ford Motor Co. juga akan muncul sebagai syarikat pertama yang akan menggunakan teknologi Gorilla Glass ke atas model kereta mereka. Model kerete mereka pertama yang bakal mendapat sentuhan pihak Corning adalah Ford GT Sports Car dan akan mula dijual pada tahun ini 2016. Kereta tersebut akan dilengkapi dengan cermin Gorilla Glass ke atas cermin hadapan dan belakang dan juga penutup kaca untuk enjin kereta tersebut.

Untuk pengetahuan anda, cermin yang sedia ada di kereta pasaran perdana sekarang hanya terdiri daripada dua lapisan kaca terawat haba yang dia antara keduanya dipisahkan oleh plastik bagi tujuan keselamatan penumpang. Corak labah - labah akan terbentuk apabila pecah dan plastik tersebut akan melindungi penumpang sekiranya berlaku kemalangan.

Ford GT juga mengguna pakai konsep yang sama tetapi lapisan dalaman diperkukuhkan dengan Gorilla Glass gred automotif menjadikan ia lebih nipis dan ringan daripada biasa. Ia juga 32% lebih ringan daripada sebelumnya seterusnya menjimatkan penggunaan bahan api.

Cabaran dan halangan :

Sudah pasti akan ada halangan yang bakal dihadapi sekiranya mahu menggunakan teknologi tersebut. Ia memerlukan kos yang tinggi antara $2 hingga $4 dolar sepaun berat yang hilang sekiranya menggunakan teknologi tersebut daripada penggunaan kaca tradisional.

Ford GT sahaja menjimatkan 12 paun berat, jadi bermakna penambahan premium harga antara $12 - $48 dolar bagi setiap kenderaan. Kenderaan mewah (Supercar) seperti Ford GT yang berharga $400,000 dolar sudah pasti boleh menampung kos tersebut, tetapi tidak kereta yang ada di pasaran semasa pada waktu kini.

Pihak Ford bercadang akan menggunakan teknologi tersebut ke atas semua model keluaran mereka pada masa akan datang.

- Sumber usnews.com.

No comments:

Post a Comment