Suntikan Imunisasi

Foto sumber : infoimunisasi.com
Alhamdulillah, pada bulan Oktober 2015 yang lalu isteri saya selamat melahirkan anak ke-2 saya. Saya dan isteri saya bersetuju menamakan anak kami berdua bernama Arman Rasyidi bin Norhalim. Alhamdulillah semuanya selamat dan berjalan dengan lancar.

Fokus artikel ini bukan mengenai anak saya, tetapi mengenai suntikan imunisasi. Ketika anak kami berumur genap 1 bulan kami tidak mengalami masalah untuk merujuk kepada klinik swasta untuk suntikan imunisasi, tetapi ketika anak kami berumur 2 bulan pada minggu lalu, kami menghadapi kesukaran untuk mendapatkan stok tersebut di klinik swasta.




Setelah dirujuk kepada beberapa klinik dan hospital swasta, kami diberitahu bahawa stok untuk suntikan imunisasi pada masa kini adalah terhad dan selalunya stok akan diberi kepada hospital and klinik kerajaan terlebih dahulu. Oleh yang demikian, stok akan terhad atau tiada langsung di pihak swasta.

Oleh itu kami disarankan untuk terus merujuk kepada pihak klinik kerajaan untuk mendapatkan suntikan imunisasi tersebut. Mujurlah kami dapat merujuk sebuah klinik swasta di Bahau, Negeri Sembilan (kampung isteri saya) untuk mendapatkan suntikan tersebut ketika balik bercuti minggu lalu kerana stok masih ada tetapi semakin berkurangan.

Jadi sekiranya anda terlepas mengenai info ini MINGGU LALU, sudikanlah untuk sebarkan dan bincangkan mengenainya untuk manfaat orang lain juga ye.

Sekian. :)

No comments:

Post a Comment