Corning Gorilla Glass – Bakal hadir di cermin kereta anda tidak lama lagi


Pihak Samsung menggunakan Corning Gorilla Glass 4 ke atas model terbaru mereka. Nice huh!
Gorilla Glass untuk kereta anda? Menarik bukan bunyinya? Seperti yang diberitahu, ia akan memang benar - benar berlaku. Barulah boleh setanding dengan smartphone anda yang kalis calar tu kan? LOL.

Menurut usnews.com teknologi tersebut telah dibangunkan oleh pihak syarikat Corning yang mana telah membangunkan Gorilla Glass untuk paparan skrin berbillion smartphone di dunia ini. Anda bayangkan berbillion jumlahnya. Sudah pasti dengan keuntungan dan prestasi yang memberangsangkan itu dapat menghasilkan dana yang cukup untuk tujuan penyelidikan ke atas produk kaca ke atas kereta dan sebagainya.


Space X : Lonjakan Terbesar Pengembaraan Angkasa Lepas


Apakah itu SpaceX?

Merujuk kepada spacex.com, ia adalah sebuah syarikat yang fokusnya adalah untuk merekabentuk, mengeluarkan dan melancarkan roket dan kapal angkasa termaju.

Ia ditubuhkan pada 2002 untuk merevolusikan teknologi angkasa, dengan tujuan utama untuk membolehkan manusia tinggal di planet lain sebagai contoh Planet Marikh. Menarik bukan?

Syarikat ini telah diasaskan oleh Elon Musk, bekas CEO Tesla Motor dan Usahawan Paypal dan ibu pejabat SpaceX terletak di Hawthorne, California, Amerika Syarikat.


Suntikan Imunisasi

Foto sumber : infoimunisasi.com
Alhamdulillah, pada bulan Oktober 2015 yang lalu isteri saya selamat melahirkan anak ke-2 saya. Saya dan isteri saya bersetuju menamakan anak kami berdua bernama Arman Rasyidi bin Norhalim. Alhamdulillah semuanya selamat dan berjalan dengan lancar.

Fokus artikel ini bukan mengenai anak saya, tetapi mengenai suntikan imunisasi. Ketika anak kami berumur genap 1 bulan kami tidak mengalami masalah untuk merujuk kepada klinik swasta untuk suntikan imunisasi, tetapi ketika anak kami berumur 2 bulan pada minggu lalu, kami menghadapi kesukaran untuk mendapatkan stok tersebut di klinik swasta.